PEMASANGAN LAMPU ISYARAT BAGI ATASI KEMALANGAN
ISKANDAR PUTERI — Aliran trafik yang dipercayai menjadi punca kemalangan di persimpangan Jalan Batu Nampak (Parit Ulu) Bakri, dekat Muar, bakal berakhir dengan pemasangan lampu isyarat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerja-kerja pemasangan lampu isyarat itu telah dimulakan.
“Saya menerima banyak aduan berkenaan kemalangan yang kerap berlaku di persimpangan ini khususnya semasa waktu puncak.
“Kerja-kerja telah bermula sejak 1 Februari yang lalu dan dijangka siap pada 9 Mei 2023 dengan kos sebanyak RM265,000,” katanya.
ADUN Bukit Pasir itu berharap dengan adanya lampu isyarat di persimpangan berkenaan, dapat memudahkan urusan pengguna jalan raya seterusnya mengelakkan kemalangan dari terus berlaku.
“Saya juga berharap pengguna dapat bersabar semasa kerja-kerja ini dijalankan demi keselesaan di masa depan,” katanya.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor