KOMITMEN KERAJAAN JOHOR SELESAIKAN ‘PROJEK SAKIT’
ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited untuk menyelesaikan dikategorikan projek perumahan sakit, Taman Sri Saujana, dekat Kulai melibatkan 110 unit kediaman.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, projek di bawah pemaju swasta itu dijadualkan siap pada 2019.
Menurutnya, bagaimanapun, projek berkenaan telah mengalami kelewatan untuk disiapkan sekali gus dikategorikan sebagai ‘projek sakit’, atas sebab tertentu.
“Saya telah melaksanakan mesyuarat penyelarasan sebanyak empat kali termasuk lawatan tapak sejak tahun lalu bersama dengan pemaju, agensi kerajaan Negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Kulai dan agensi kerajaan negeri lain dan kerajaan pusat. Mesyuarat Penyelarasan yang dilaksanakan pada kali ini dihadiri sendiri oleh ketua pegawai eksekutif pemaju terlibat.
“Penyelarasan penyelesaian untuk pengeluaran Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan penyerahan kunci telah hampir selesai. Insya Allah pembeli akan menerima kunci pada bulan Jun 2023,” kata beliau dalam Facebook rasminya.
Terdahulu, mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Projek Sakit Negeri Johor di mana antara ‘projek sakit’ yang sedang dibantu penyelesaiannya melalui intervensi kerajaan negeri adalah Taman Sri Saujana, dekat Kulai.
Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berusaha semaksimum untuk membantu menyelesaikan permasalahan melibatkan ‘projek sakit’ demi Bangsa Johor walaupun bukan bidang kuasanya.
Beliau turut memaklumkan kejayaan kerajaan negeri dalam menyelesaikan dua ‘projek sakit’ iaitu Residensi PR1MA Kota Tinggi dan Taman Kota Jaya di Kota Tinggi, pada tahun lalu.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor