ACL 2023: ARIF AIMAN MAHU BERI KOMITMEN 100 PERATUS


Arif Aiman Mohd Hanapi tekad membuktikan kemampuannya setanding dengan pemain-pemain lain. | Foto MDJ Bayu Anggara.

 

Bintang sensasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi tekad untuk membantu pasukannya meraih tiga mata pada aksi terakhir kempen Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 menentang BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang ini.

 

Disebalik persembahan konsisten dipamerkan oleh Arif Aiman pada musim ini, beliau menganggap setiap perlawanan adalah satu permulaan baharu yang menuntut fokus dan komitmen sepenuhnya untuk beliau memberikan persembahan 100 peratus di atas padang bagi membuktikan kemampuannya setanding dengan pemain-pemain lain.

 

Pemain berusia 21 tahun itu juga menyifatkan ‘winning mentality’ yang diterapkan ke dalam pasukan menjadi kunci kepada setiap pemain bagi memberikan persembahan terbaik pada setiap perlawanan meskipun sudah boleh dianggap tersingkir dari saingan pentas bola sepak tertinggi Asia itu.

 

Dalam pada itu, pengendali BG Pathum United, Surachai Jaturapattarapong menganggap pemain sayap Harimau Selatan itu sebagai aset penting buat JDT selain kehadiran Heberty dan Bergson Da Silva yang sentiasa memberikan impak apabila diturunkan.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor