RANHILL SAJ TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh hadir sama semasa pengiktirafan MBOR disampaikan kepada Ranhill SAJ.

 

Ranhill SAJ melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi operator air pertama di Malaysia memiliki pensijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) daripada Intistut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk 44 Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Faizal Aliar memaklumkan pensijilan dan pengiktirafan di peringkat nasional tersebut menjadi penutup kalendar tahunan yang baik kepada Ranhill SAJ sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna di negeri ini, bahawa air dibekalkan selamat digunakan dan berkualiti tinggi.

 

Pengiktirafan MBOR dan pensijilan HACCP itu membuktikan Ranhill SAJ sentiasa memberi fokus kepada aspek kesihatan dan keselamnatan melalui analisa dan kwalan bahaya yang wujud dalam setiap proses rawatan air bersih sebelum dibekalkan kepada pengguna selaras komitmen berterusan syarikat.

 

Penilaian bagi pensijilan HACCP yang tertakluk pematuhan kepada Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), piawaian MS 1480, Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan dan Akta Makanan 1983 oleh Kementerian Kesihatan itu sekali gus mengiktiraf usaha mengawal dan meminimakan risiko pencemaran air terawat dalam proses rawatan oleh Ranhill SAJ.

 

Terdahulu, pengiktirafan daripada pihak MBOR itu disampaikan kepada Ranhill SAJ yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor