Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

KERAJAAN PERSEKUTUAN SALUR RM58 JUTA BAIKI JALAN ROSAK AKIBAT BANJIR

  Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM58 juta bagi membaik pulih 10 jalan persekutuan yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini , antaranya membabitkan jalan FT3 (Jalan Johor Bahru-Endau), FT91 (Jalan Kota Tinggi-Kluang) dan FT50 (Jalan Batu Pahat-Mersing).   Perkara tersebut diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selepas melakukan tinjauan […]

ISU AIR DI KAMPUNG MURNI JAYA DIJANGKA SELESAI TAHUN INI

  Penduduk di sekitar Kampung Murni Jaya kini boleh menarik nafas lega apabila isu gangguan bekalan air yang membelenggu masyarakat terbabit sejak sekian lama boleh dianggap selesai.   Ia selepas tindakan proaktif Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, […]

DATA PERIBADI PADU SENTIASA DILINDUNGI

  Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu takut untuk melengkapkan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) memandangkan data peribadi mereka sentiasa dilindungi.   Ini kerana aspek keselamatan siber akan terus menjadi keutamaan memandangkan pembangunan sistem tersebut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), […]

TRANSFORMASI THE GREATER JB

  10 tonggak utama digariskan bagi memberi tumpuan kepada pelaksanaan The Greater JB kini menjadi fokus empat pihak berkuasa tempatan (PBT).   Empat PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).   Antara usaha yang akan diberi tumpuan utama termasuk […]

90 TAN SISA BANJIR DIKUTIP DI KOTA TINGGI

  Sebanyak 90,000 kilogram (kg) sisa sampah banjir di Kota Tinggi dikutip dan dibersihkan menerusi Operasi Pembersihan Pasca Banjir yang dilaksanakan bermula Jumaat lalu.   Operasi yang membabitkan 130 anggota kerja SWM Environment Kota Tinggi, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang itu melibatkan kerja pengutipan sampah di kawasan terjejas banjir sebelum ini yang membabitkan Taman Kota […]

SASAR 2 JUTA RAKYAT JOHOR DAFTAR PADU

  Seramai 112,524 rakyat Johor sudah membuat pendaftaran di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga kelmarin sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu.   Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor akan terus bergerak aktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar sistem PADU sehingga penghujung Mac depan. […]

KERAJAAN JOHOR DAN PERSEKUTUAN TERUS KOMITED ATASI KESESAKAN DI PINTU SEMPADAN

  Isu kesesakan pintu sempadan negara di negeri ini sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk melancarkan aliran trafik di kedua-dua hala termasuk di lokasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).   Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan […]

157 MAHASISWA DILANTIK DUTA PERPADUAN JOHOR 2.0

  Seramai 157 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilantik menjadi Duta Perpaduan Johor 2.0 bagi meneruskan inisiatif penting dalam usaha mengukuhkan nilai perpaduan sesama masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan, mahasiswa yang terpilih akan mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum menerusi […]

METMALAYSIA TAMATKAN AMARAN HUJAN BERTERUSAN

  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini menamatkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Negeri Johor.   Berdasarkan analisis corak model cuaca terkini, mendapati keadaan cuaca akan bertambah baik serta tiada potensi hujan berterusan berlaku berbanding ramalan cuaca sebelum ini.   Semalam, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan […]

IRDA SEDIA MANFAATKAN PELAKSANAAN JS-SEZ

  Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) menyambut baik dan mahu memanfaatkan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selepas perjanjian antara Malaysia dan Singapura telah dimeterai.   Ketua Eksekutif IRDA, Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim dalam satu kenyataan memaklumkan, JS-SEZ akan mendatangkan peluang dan kelebihan besar kepada Iskandar Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan domestik […]