BERSAMA PASTIKAN MAJU JOHOR 2030 JADI REALITI


Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi yakin agenda Maju Johor 2030 dapat direalisasikan berdasarkan pencapaian diraih negeri dalam tempoh kebelakangan ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Merealisasikan impian Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 berpaksikan empat indikator utama yang ditetapkan mampu dijayakan dengan komitmen semua Bangsa Johor termasuk mahasiswa.

 

Malah, Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi menzahirkan keyakinan agenda Maju Johor 2030 yang digagaskan itu boleh menjadi realiti berdasarkan pencapaian dan kejayaan diraih negeri dalam tempoh kebelakangan ini.

 

Pertama, Negeri Johor sudah merekodkan RM70.6 bilion iaitu angka tertinggi di dalam negara dari segi Pelaburan Langsung Asing (FDI) pada tahun lalu. Kedua, penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura untuk membangunkan wilayah ekonomi di negeri ini, yang bakal dimeterai antara Malaysia dan negara jiran.

 

Justeru, beliau mahu mahasiswa Johor menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk bersama menyumbang idea serta tenaga, merebut peluang yang wujud sekali gus menjayakan agenda yang digagaskan.

 

Pesanan turut dititipkan kepada kumpulan tersebut agar kembali pulang selepas menamatkan pengajian untuk bersama berbakti dan membangunkan negeri.

 

Terdahulu, Menteri Besar hadir berucap dan menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor 2023 selain turut menyampaikan Anugerah Program Terbaik Negeri Johor dan Anugerah Menteri Besar Johor – Ikon Siswa Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor