BIJI KOPI KISAR ‘LEGEND’
Aromanya yang wangi dan rasanya yang ‘kaw’ menjadikan produk kopi keluaran perniagaan Biji Kopi Kisar menjadi antara pilihan utama penggemar minuman berkenaan khususnya di sekitar Johor Bahru.
Perniagaan kopi yang diusahakan sejak kira-kira 40 tahun lalu oleh Saimon Kasban atau lebih mesra dengan panggilan ‘Wak Mon’ sememangnya mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan beberapa produk kopi yang berasal dari Indonesia.
Kebanyakkan kopi jualannya di Pasar Besar Larkin ini akan dikisar dengan menggunakan mesin kisar ‘legend’ miliknya dan antara kopi yang terkenal dan menjadi pilihan utama pelanggannya ialah Kopi Kisar Arabica, Kopi Kisar Kampung dan Kopi Kisar Hitam.
Selain itu, Wak Mon turut menjual beberapa variasi kopi popular yang lain seperti Kopi Bali, Kopi Hitam (AA1), Kopi Campuran (A1), Kopi Hitam B dan juga serbuk Teh Tarik Wak Mon yang pastinya memikat selera kerana kualitinya yang ‘betul-betul ada kick’.
Bagi mereka yang berminat terutamanya golongan ‘coffee hunter’ boleh merasai sendiri keenakkan pengalaman kopi sebenar dengan mengunjungi syarikat Biji Kopi Kisar ini yang pastinya tidak akan menghampakan.
Waktu Operasi:
🗓️ Setiap hati kecuali Isnin
🕖 Buka 8 pagi hingga 2 petang
📍 Pasar Besar Larkin, Jalan Kenyalang Kampung Dato Onn Jaafar, 80350 Johor Bahru, Johor
#SantaiMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor