BOLA SEPAK KUDUNG TERUS TERIMA PERHATIAN PEMINAT SUKAN


Perlawanan amal antara pasukan Bola Sepak Kudung Johor dan Pilihan Projek Tongkat di Padang Seri Gelam, Johor Bahru. [Foto MDJ Nurina Aisyah]

 

Program jelajah Projek Tongkat : ‘Stand With Palestine’ peringkat Negeri Johor terus menerima reaksi positif daripada peminat sukan di negeri ini apabila mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam aksi perlawanan amal antara pasukan Bola Sepak Kudung Johor dan Pilihan Projek Tongkat di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, petang semalam.

 

Dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1 itu juga turut berjaya membuat kutipan derma sebanyak RM5,000 yang akan disalurkan kepada mangsa kekejaman tentera Israel di Palestin menerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Be Vital dan Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR).

 

Persatuan Bola Sepak Kudung menerima jemputan daripada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membuat lawatan ke fasiliti Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Terdahulu sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Kudung turut menerima jemputan daripada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim untuk membuat lawatan ke fasiliti yang terdapat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

 

Lawatan itu antara lain bertujuan untuk semangat, pendedahan dan inspirasi kepada para pemain dan pengurusan Bola Sepak Kudung menerusi kunjungan istimewa ke stadium berkelas dunia milik JDT.

 

#ProjekTongkat #SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor