SOLIDARITI BANGSA JOHOR UNTUK PALESTIN


Lebih 5,000 umat Islam hadir ke perhimpunan Solidariti Bangsa Johor di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Lebih 5,000 umat Islam menyertai himpunan Solidariti Bangsa Johor di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru bagi menzahirkan sokongan teguh kepada rakyat Palestin.

 

Himpunan anjuran Kerajaan Negeri itu bermula dengan solat fardu Asar berjemaah dan disusuli sesi tausiah (dakwah) yang disampaikan oleh Kadi Daerah Batu Pahat, Haji Mohd Nasri Rahman.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan Tahlil diketuai Imam Besar Negeri Johor, Haji Makhadzir Abdan Al-Hafiz diikuti ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Mohd Fared Mohd Khalid serta Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Jemaah yang hadir kemudiannya menunaikan solat fardu Maghrib diikuti dengan solat sunat Hajat memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin kepada Allah SWT.

 

Sementara itu, kira-kira RM2.5 juta telah berjaya dikutip menerusi Tabung Khas Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin, Kementerian Luar Negeri.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor