MELAHIRKAN PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR BERTARAF DUNIA

  #IskandarPuteri – Langkah Kerajaan Negeri menghantar Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) mengikuti kursus pembangunan profesional bertaraf dunia merupakan pelaburan strategik untuk masa hadapan Johor.   Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah mahu melihat Johor mempunyai pegawai tadbir cemerlang dari sudut teknikal dan pentadbiran, pemikiran kritikal, keupayaan membuat keputusan tepat […]

PEMANGKU SULTAN JOHOR GEMBIRA, BANGGA DENGAN PENCAPAIAN EKONOMI NEGERI

  #IskandarPuteri – Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan rasa gembira dan bangga dengan pencapaian ekonomi negeri yang memacu Johor sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi negara.   Baginda bertitah percaya rakyat Johor akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan menerusi trend pertumbuhan ekonomi negeri pada ketika […]

PEMANGKU SULTAN JOHOR SERTAI LATIHAN TAKTIKAL BERSAMA GGK, 7 BRIGED

  #IskandarPuteri – DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat bercemar duli menyertai latihan taktikal ‘Thunderstorm’ bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) dengan Gerup Gerak Khas (GGK) dan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).   Menerusi hantaran di laman sosial rasmi, Baginda bertitah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua pasukan terbabit atas […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN PROJEK BERIMPAK TINGGI LANCAR

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri komited dalam memastikan projek berimpak tinggi tahun 2025 di negeri ini, supaya berjalan dengan lancar dan teratur mengikut jadual yang ditetapkan terutama menjelang Tahun Melawat Johor 2026.   Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi 10 projek utama di Johor yang bakal memberikan limpahan manfaat kepada rakyat dan merancakkan […]

MENTERI BESAR SANTUNI JEMAAH HAJI ROMBONGAN KERAJAAN JOHOR

  #Kulai – Seramai 142 jemaah haji menjadi kumpulan kedua daripada Rombongan Kerajaan Johor (RKJ), hari ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) bagi menunaikan ibadah haji untuk musim 1446H/2025.   Mereka terdiri daripada seramai 3,802 jemaah haji dari Johor, termasuk 500 daripadanya adalah jemaah RKJ yang merangkumi golongan pesara dan penjawat awam. Kesemua […]

JTDC PEMACU UTAMA LAHIR BAKAT, TENAGA KERJA MAHIR

  #IskandarPuteri – Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) diyakini terus menjadi pemacu utama dalam menjadikan Johor sebuah negeri yang melahirkan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi, dinamik serta bersedia menyambut gelombang pelaburan masa hadapan.   Merupakan inisiatif penting di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), JTDC meletakkan komitmen untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi […]

‘NATIONAL TRAINING WEEK’ TAWAR LATIHAN PERCUMA

  #JohorBahru – Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menyasarkan seramai 124,919 peserta di negeri ini menyertai Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) secara percuma melalui portal NTW antaranya bidang kemahiran, digital, keusahawanan, vokasional, kepimpinan dan pengurusan.   Inisiatif NTW yang ditawarkan secara percuma ini juga akan dilaksanakan melalui pelbagai platform pembelajaran dan lokasi bagi membolehkan setiap […]

PEJABAT BAHARU JTDC JADI PUSAT STRATEGIK PEMBANGUNAN BAKAT JOHOR

  #IskandarPuteri – Pembinaan pejabat baharu Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang kini mencapai 35 peratus kemajuan bakal menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan serta merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan memenuhi keperluan serta kehendak pihak industri.   Dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada awal Julai tahun ini, pejabat JTDC yang terletak […]

MAINJ BANTU LIMA ASNAF DI TANGKAK

  #Tangkak – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus komited mengangkat martabat golongan asnaf di negeri ini, dengan menjayakan perusahaan gunting rambut di bawah Projek Pembangunan Asnaf 2.0 Daerah Tangkak.   Dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) selaku agensi pelaksana dan pemantau, projek kedai gunting rambut berkenaan membabitkan lima asnaf dan seorang […]

MET MALAYSIA JANGKA MONSUN BARAT DAYA BERMULA 10 MEI

  #IskandarPuteri – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan musim Monsun Barat Daya akan bermula pada 10 Mei ini hingga September depan berikutan keadaan angin mula bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya ke rantau negara ini.   Sepanjang musim berkenaan, kadar kelembapan udara kelazimannya adalah rendah menyebabkan kekurangan pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat […]