JOHOR MAHU HAPUS JURANG BANDAR DAN LUAR BANDAR

  Kerajaan Johor komited merapat dan menghapuskan jurang kualiti hidup antara bandar dan luar bandar dengan melaksanakan strategi dan objektif dalam usaha mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.   Pelbagai inisiatif sudah dan akan dilaksanakan termasuk mewujudkan peluang ekonomi dan persekitaran yang kondusif supaya setiap lapisan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan.   Kerajaan […]

PASTIKAN RAKYAT TIDAK JADI MANGSA

  Kerajaan Negeri memberi jaminan akan terus mempertahankan Dasar Perumahan Johor supaya rakyat tidak menjadi mangsa arus pembangunan pesat terutama dengan kewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka memberi kesan kepada sektor perumahan.   Justeru, semua pihak berkepentingan diajak untuk berganding bahu ke arah menjayakan agenda perumahan mampu milik bagi mencapai matlamat penyediaan rumah […]

SPAGETI SELERA LOKAL TARUHAN CEF MUDA

  Usia muda tidak menghalang seorang peserta muda, Arief Hayqal Abdullah, 19, untuk berentap bersama peserta tempatan dan antarabangsa lain dalam Kejohanan Cef Dunia Malaysia 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.   Pelajar Kolej Vokasional Langkawi yang tampil buat kali kedua dalam pertandingan berkenaan selepas tahun lalu, kembali dengan […]

PROJEK RTB DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL

  Tiga daripada tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.64 bilion telah bermula dan dijangka dapat disiapkan lebih awal berbanding tarikh asal.   Hasil turun padang dan perbincangan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perunding dan kontraktor, jangkaan siap projek RTB Bandar Batu Pahat diawalkan ke Disember […]

INDUSTRI HALAL ELEMEN PENTING JS-SEZ

  Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah memulakan langkah awal termasuk menghubungi Halal Development Corporation Bhd. (HDC) bagi sesi perbincangan untuk meletakkan industri halal sebagai salah satu elemen penting dalam pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terutama HDC merupakan usaha penting untuk […]

MDJ LAKSANA STRATEGI BENTUK PERSEPSI POSITIF

  Sebagai agensi penyelaras penyampaian informasi interaktif dan sesuai dengan trend masa kini, Media Digital Johor (MDJ) akan melaksanakan pelbagai strategi bagi membentuk persepsi yang betul tentang perancangan dan pencapaian negeri ini.   MDJ juga akan mengadakan kerjasama bersama pelbagai pihak bagi tujuan mengesan dan mengenal pasti pihak atau individu tidak bertanggungjawab dalam menyebar luas […]

PANDUIT CORP LABUR RM160 JUTA BUKA FASILITI DI SENAI

  Peneraju penyelesaian infrastruktur elektrik dan rangkaian global, Panduit Corporation membuka fasiliti pembuatan produk pengikat kabel berkualiti terkini di Senai melibatkan pelaburan berjumlah RM160 juta yang bakal menyediakan 200 peluang pekerjaan kepada Bangsa Johor.   Keputusan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat beroperasi di Negeri Johor menjadi bukti kelebihan dimiliki negeri ini seperti kedudukannya yang strategik, […]

MBIP SEDIA JAYAKAN JS-SEZ MENERUSI IPFL

  Pelaksanaan inisiatif Iskandar Puteri Fast Lane (IPFL) selain inisiatif baharu OSC 3.0 Plus daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) meletakkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam keadaan bersiap siaga bagi merealisasikan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Pelaksanaan kedua-dua inisiatif berkenaan menjadi langkah proaktif mempersiap dan memperkukuhkan lagi proses serta prosedur pembangunan di kawasan […]

KEUPAYAAN PUSAT PENGUMPULAN, PEMPROSESAN ‘RAJA BUAH’ FAMA DITINGKATKAN

  Kerajaan Negeri berhasrat menaik taraf fasiliti dan teknologi Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Durian di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Tangkak pada tahun ini, dengan cadangan tersebut telah dimajukan serta dipersetujui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).   Bakal menjadi pusat pengumpulan dan pemprosesan durian dikeluarkan sekitar Tangkak, Muar dan Segamat, projek pemerkasaan […]

KERAJAAN NEGERI SOKONG USAHA BASMI KEMISKINAN

  Kerajaan Johor memperuntukkan RM2.46 juta bagi pelaksanaan Southern Volunteers (SV) Prihatin @ Johor Future, Sukan Bangsa Johor dan juga Misi Jejak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Johor 2024 yang diadakan bagi usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Johor.   YB Dato’ Hj On Jaabar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) memberitahu, […]