INDUSTRI PERLU MODAL INSAN MAHIR, MESRA TEKNOLOGI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyokong penuh program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melibatkan pelajar sekolah.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, Johor berpotensi besar dalam bidang teknologi terkini.   “Industri hari ini sangat memerlukan modal insan yang mahir dan mesra akan teknologi terkini,” kata beliau pada […]

KERAJAAN NEGERI HASRAT TUBUH JAWATANKUASA PENDIDIKAN TINGGI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor kini dalam perancangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Negeri Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, penubuhan jawatankuasa dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi itu bagi memperkasakan lagi sektor pendidikan tinggi di negeri ini.   “Adalah menjadi hasrat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz […]

KERAJAAN JOHOR TERUS KOMITED BANTU OMJ DALAM PENDIDIKAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa komited dalam membantu Orang Muda Johor (OMJ) melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sejajar dengan agenda Maju Johor.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi tujuan tersebut, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan program bantuan pendidikan merangkumi empat bahagian.   Menurutnya, kesemua bahagian itu adalah Biasiswa; […]

UTHM DIIKTIRAF SEBAGAI 10 PUSAT LATIHAN PENSIJILAN TERBAIK

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan dari ‘Certiport Authorized Testing Center’ sebagai 10 pusat latihan terbaik yang menawarkan program latihan pensijilan di Malaysia.   Pengiktirafan tersebut diberikan melalui anugerah ‘Top 10 Malaysia’s Certiport Authorized Testing Centre’ (CATC) sempena ‘The Micro-Credentials Education Summit 2023’ (MCES) yang diadakan pada 1 Jun […]

UTHM DIDIK PELAJAR PELIHARA EKOSISTEM ALAM, ELAK GUNAKAN PLASTIK

  ISKANDAR PUTERI –– Seramai 48 pelajar Kursus Pengakap Kelanasiswa I dan II yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai program Latihan Intensif Kem Lencana Kemahiran Pengakap Kelana pada 26 dan 27 Mei lalu. Program yang bertujuan mengajak masyarakat mengurangkan atau mengelak daripada menggunakan […]

TAHNIAH CALON SPM 2022 : MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan tahniah kepada 42,795 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 Negeri Johor atas pencapaian amat membanggakan dalam peperiksaan berkenaan.   Selain merakamkan kesyukuran, beliau turut berkongsi Indeks Gred Purata Nasional (GPN) Negeri Johor pada tahun lalu bagi peperiksaan itu, yang telah menunjukkan peningkatan […]

1,129 CALON SPM JOHOR DAPAT ‘STRAIGHT’ A

  JOHOR BAHRU — Prestasi calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Johor terus menunjukkan kecemerlangan apabila seramai 1,129 berjaya memperolehi keputusan cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.   Prestasi itu meningkat sebanyak 2.73 peratus berbanding tahun lalu (seramai 1,122 calon)  dan keputusan cemerlang ini adalah yang terbaik […]

RM241,000 DIPERUNTUKKAN BAIK PULIH SA DATO’ ABDULLAH ESA

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memperuntukkan RM241,000 kepada Sekolah Agama (AS) Dato’ Abdullah Esa, dekat Johor Bahru, bagi melakukan kerja baik pulih.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, peruntukan itu melibatkan kerja pendawaian berjumlah RM149,000 dan mengecat sebanyak RM92,000 yang sudah diterima […]

SEDIAKAN LAPORAN BAGI TINDAKAN SUSULAN – EXCO PENDIDIKAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Ismail, Batu Pahat serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat diminta untuk menyediakan laporan terperinci susulan kejadian kebakaran berlaku di sekolah itu, baru-baru ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh, berkata ia termasuk laporan yang disediakan daripada pihak Jabatan […]

EXCO PENDIDIKAN JOHOR TINJAU PELAKSANAAN PROGRAM DLP

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, bagi meninjau pelaksanaan kelas ‘Dual Language Programme’ (DLP), hari ini.   Turut hadir bersama beliau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim bagi melihat […]