PANTAU KAPASITI SEKOLAH ELAK KEPADATAN


YB Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyantuni pelajar di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor sentiasa memberikan perhatian terhadap pertambahan jumlah pelajar atau murid di negeri ini, dengan komitmen untuk memantau kapasiti setiap sekolah dari semasa ke semasa agar tidak timbul isu kepadatan hingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

 

Meskipun masalah kepadatan pelajar atau murid di sekolah di Negeri Johor berada pada tahap terkawal dan mencukupi, YB Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mahu pengurusan sekolah bersiap siaga untuk melaksanakan pengoperasian secara dua sesi andai timbul isu berkenaan.

 

Setakat sesi persekolahan yang bermula Mac ini, setiap kelas di semua sekolah di seluruh Negeri Johor mempunyai purata jumlah pelajar atau murid adalah di bawah 40 orang dan situasi tersebut akan terus dipantau oleh Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

 

Untuk rekod, JPNJ sudah mendapat kelulusan pembinaan tiga sekolah baharu termasuk penambahan bilik darjah dalam menangani isu kepadatan pelajar atau murid di sekitar kawasan Iskandar Puteri meliputi pembinaan baharu Kompleks Sekolah Taman Pulai Indah dan SMK Taman Mutiara Rini 3 di dalam RMK-12 Rolling Plan 4 Tahun 2024.

 

#BangsaJohor
#MajuJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor