KERAJAAN NEGERI PERUNTUK RM15 JUTA NAIK TARAF, SELENGGARA SEKOLAH


YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor melawat keadaan infrastruktur SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor sudah memperuntukkan kira-kira RM15 juta bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur dan bangunan lebih 100 buah sekolah di Negeri Johor sejak tahun 2022 dalam usaha menyediakan persekitaran pendidikan yang kondusif.

 

Terbaharu, Kerajaan Negeri, hari ini, bersetuju menyalurkan RM80,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai untuk kerja penggantian pintu, tingkap serta baik pulih siling sekolah berusia 53 tahun itu.

 

Kerajaan Johor terus memberikan komitmen untuk memantau ‘sekolah-sekolah berusia’ di seluruh negeri ini, yang memerlukan penyelenggaraan segera sebagai langkah pemerkasaan infrastruktur demi keselamatan dan keselesan warga pendidikan.

 

Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan ke SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai bagi meninjau keadaan infrastruktur sekolah berkenaan. Turut hadir, YBrs. Kuswandi bin Tayen, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD dan YBrs. Abdul Gani Abas, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor