MURID SAKJ DIBENAR PAKAI BAJU SUKAN


YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor meminta Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah yang boleh mendedahkan murid kepada risiko cuaca panas.

 

Susulan keadaan cuaca panas pada ketika ini, murid Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) diberikan kelonggaran untuk memakai pakaian sukan bersesuaian dan sopan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

 

Selain kebenaran khas itu, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor meminta Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah yang boleh mendedahkan murid kepada risiko cuaca panas.

 

PPID turut disarankan sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya terdapat sebarang komplikasi kesihatan dalam kalangan murid serta menasihatkan murid untuk minum air pada kuantiti yang sesuai ketika sahur dan berbuka puasa.

 

Justeru, semua institusi pendidikan Islam di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dinasihatkan agar peka dengan perkembangan semasa dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan supaya implikasi cuaca panas yang boleh memudaratkan kesihatan dapat dielakkan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor