DEMI PENDIDIKAN BERKUALITI BANGSA JOHOR


Delegasi Kerajaan Negeri diketuai YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Singapura. | Foto MDJ Muhamad Bayu

 

Menyahut titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, Kerajaan Negeri melakukan lawatan kerja selama dua hari ke negara jiran, Singapura bermula hari ini.

 

Lawatan kerja tersebut disertai pelbagai jabatan dan agensi negeri antaranya Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Institut Dato’ Onn (IDO), Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ).

 

Empat fokus utama digariskan iaitu menambah baik silibus pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah, meningkatkan kompetensi pendidik, jalinan kerjasama strategik menempatkan graduan berkualiti serta pemerkasaan perpustakaan awam di negeri ini.

 

Delegasi Kerajaan Negeri diketuai YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor memulakan lawatan kerja dengan sesi penerangan dan dialog bersama Kementerian Pendidikan Singapura.

 

Selain itu, delegasi turut mengadakan lawatan ke Ngee Ann Secondary School, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Institut Pendidikan Nasional (NIE) serta Universiti Nasional Singapira (NUS).

 

Turut hadir, YBhg. Mohd Hanafi Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor; YBhg. Abu Bakar Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ; YBhg. Mohd Gadaffie Abd. Aziz, Pengarah Institut Dato’ Onn; YBhg. Suhairi Hashim, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor serta YM Ungku Noorakmal Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.

 

Ketika perasmian pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 9 Mei lalu, DYAM Pemangku Sultan Johor bertitah menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor yang menjadi asas kemajuan negeri.

 

Baginda turut bertitah agar Johor menjadi negeri pertama untuk memperbaharui silibus mata pelajaran yang dilihat sudah tidak relevan sekiranya tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional sebagai satu perubahan penting yang perlu dijayakan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor