UNTUNGNYA MAHASISWA JOHOR
Kerajaan Negeri terus komited menjaga kebajikan pendidikan mahasiswa Johor menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Kad Siswa Johor ditandatangani antara Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bersama sembilan syarikat.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, mengumumkan inisiatif ini bakal memanfaatkan 25,000 mahasiswa Johor yang layak menerima Skim Bantuan Pendaftaran dan Pinjaman Pendidikan YPJ, menjadikan keseluruhan 75,000 pelajar bakal menikmati pelbagai diskaun daripada syarikat-syarikat yang terlibat.
Antara syarikat yang menyertai inisiatif ini ialah KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands Holding Bhd (KFC & Pizza Hut), Daily Fresh Sdn Bhd, Al-Ikhlas Gadget, Farm Fresh Berhad, Woodfire Burger Sdn Bhd, Badan Cemerlang Sdn Bhd, Legoland Malaysia dan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd.
Sementara itu, Mohd Azhar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Selatan KPJ Healthcare Berhad menyambut baik kerjasama ini dan berharap ia dapat memberi limpahan manfaat kepada para pelajar melalui tawaran diskaun saringan kesihatan yang disediakan.
Insiatif Kad Siswa Johor diharapkan dapat meringankan beban kewangan mahasiswa, selain menggalakkan penggunaan perbankan atas talian dengan kerjasama Bank Muamalat sebagai pengeluar kad berkenaan.
Majlis penyerahan Kad Siswa Johor akan dilangsungkan pada 20 September 2024 di Kluang, manakala tawaran diskaun boleh dimanfaatkan bermula Oktober 2024 dengan pendaftaran boleh dibuat melalui YPJ sebelum 31 Oktober 2024 atau membuka akaun di cawangan Bank Muamalat.
Turut hadir dalam Majlis Menandatangani MoU Kad Siswa Johor ialah YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor serta YBhg Suhairi Hashim, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor