EKONOMI JOHOR BERKEMBANG 4.1 PERATUS


Gambar hiasan.

 

Prestasi ekonomi Johor terus mengalami pertumbuhan memberangsangkan iaitu 4.1 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya apabila merekodkan peningkatan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM148.2 bilion pada 2023 ketimbang RM142.4 bilion pada 2022.

 

Sektor perkhidmatan mendominasi dengan sumbangan sebanyak 54.0 peratus diikuti pembuatan (29.8 peratus), pertanian (11.6 peratus), pembinaan (3.0 peratus) manakala perlombongan dan pengkuarian (0.5 peratus) mengikut komposisi ekonomi negeri pada tahun lalu.

 

Bagi prestasi ekonomi sektoral, sektor perkhidmatan mengukuh 5.4 peratus pada 2023 berbanding 2022 dengan mencatatkan nilai ditambah berjumlah RM79.9 bilion, begitu juga sektor pembuatan yang meningkat 2.8 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya dengan nilai ditambah berjumlah RM44.2 bilion.

 

Sektor pertanian mengalami penyusutan 1.1 peratus, namun sektor pembinaan terus mengukuh dengan merekodkan pertumbuhan 13.2 peratus sementara sektor perlombongan dan pengkuarian pula meningkat 6.5 peratus pada tahun lalu ketimbang tahun sebelumnya.

 

Selain itu, Johor mencatatkan nilai RM41,902 bagi prestasi KDNK per kapita pada 2023 iaitu peningkatan sebanyak RM856 berbanding RM41,046 pada 2023, jelas YBhg. Dato’ Seri Dr. Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dalam satu kenyataan media bertarikh 2 Julai lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor