ELEMEN KALIGRAFI JAWI DAN FIGURA WANITA DALAM SENI LUKISAN
Seni kaligafi jawi dan kewanitaan menjadi garapan utama dalam karya lukisan pelukis Finn Annuar dalam karya terbaharunya, ‘Perempuan Melawan Art’.
Menurut pelukis yang berasal dari Johor Bahru itu, pemilihan tulisan jawi melambangkan semangat jati diri Bangsa Johor yang tidak sesekali ingin meninggalkan warisan dan budaya negeri kelahirannya, manakala figura wanita pula menjadi ‘trademark’ dalam hasil seninya.
Tema ‘Perempuan Melawan Art pula diangkat bagi menggambarkan emosi serta luahan seorang wanita yang bermula dari rumah. Inspirasi lukisan itu sendiri adalah gambaran persekitaran sekeliling dengan isu semasa yang berkaitan wanita pada hari ini.
Justeru menerusi karya ini dilihat berjaya menarik perhatian peminat seni dari pelbagai lapisan masyarakat. Pada masa sama, ia turut menerima sambutan luar biasa kerana apabila mendapat peluang kolaborasi bersama beberapa jenama terkemuka seperti Tangsi Tujuh, Mutu Case, dan Vans Malaysia.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor