SISTEM MyNIISe DIPERLUAS KE LALUAN MOTOSIKAL

Pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu (NIISe) akan diperluaskan ke laluan motosikal di BSI dan KSAB mulai 15 Oktober 2025, membolehkan pengembara menikmati kemudahan MyNIISe dan MyBorderPass bagi mempercepatkan proses imigresen secara automatik. | Foto FB Fazli Salleh

 

#IskandarPuteri – Pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu (NIISe) bakal diperluaskan ke laluan motosikal di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 15 Oktober 2025.

 

Peluasan inisiatif transformasi digital itu menjadi satu lagi langkah proaktif dalam usaha memperkukuh kecekapan proses kemasukan dan pelepasan imigresen di pintu masuk negara di negeri ini, melalui aplikasi MyNIISE.

 

Sebanyak tujuh unit laluan keluar khas motosikal (B1–B7) di BSI dan lapan unit laluan motosikal melibatkan empat laluan masuk (B21–B24) di KSAB disediakan yang lengkap dengan sistem pengimbas kod QR bagi pemeriksaan imigresen.

 

Peluasan MyNIISe membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mendepani arus pendigitalan rentas sempadan, meningkatkan keselamatan serta memperkukuh kesalinghubungan antara Johor dan Singapura.

 

Dengan komitmen tersebut, pengembara motosikal boleh menikmati kemudahan MyNIISe dan MyBorderPass, dengan kedua-dua sistem menawarkan fungsi pengesahan identiti serta kod QR yang mempercepatkan proses imigresen secara automatik di pintu sempadan.

 

Pengembara khususnya penunggang motosikal diseru untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MyNIISe melalui pautan rasmi berikut:
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.niise
iOS: https://apps.apple.com/my/app/myniise/id6744350770.

 

#JohorSafeZone
#MyNIISe
#TambakJohor
#KSAB
#BSI
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor