AKSES KEBAJIKAN GOLONGAN AUTISME AKAN DIPASTIKAN SETARA


  Sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia 2024 yang disambut pada 2 April lalu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyalurkan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada enam jabatan dan agensi yang menguruskan golongan berkenaan.   Antara jabatan yang menerima sumbangan berkenaan ialah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Hospital Permai, Johor Bahru, Persatuan Kanak-Kanak Islam Johor Bahru […]

‘KICK-OFF’ SARINGAN UJIAN KESIHATAN ASAS PENJAWAT AWAM NEGERI


  Bertepatan dengan pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, kira-kira 13,000 penjawat awam negeri kini boleh menjalani ujian saringan kesihatan asas di tujuh Hospital KPJ Wilayah Selatan di Negeri Johor sekali gus menikmati manfaat disediakan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Johor 2024.   Hospital KPJ Wilayah Selatan yang terlibat adalah Hospital Pakar KPJ Johor, Hospital Pakar […]

BERSEDERHANA KETIKA NIKMATI JUADAH RAYA


  Bila sebut hari raya, tidak lengkap kalau ketupang, lemang, rendang, lodeh, kuah kacang, wajik, dodol dan aneka kuih muih tiada atas meja untuk dijadikan santapan Aidilfitri.   Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, ada yang menganggap lebaran masa untuk ‘balas dendam’ dengan menikmati pelbagai juadah. Tetapi, awas dan berwaspadalah bimbang diserang penyakit pula.   […]

LINDUNGI ‘SI MANJA’ KETIKA AIDILFITRI


  Setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, kini menjelma pula Syawal yang disambut penuh kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga tercinta dan sahabat handai.   Aktiviti kunjung mengunjung menjadi titik pertemuan bagi yang lama terpisah dan jarang ditemui sekali gus menjadi platform bertanya khabar serta saling bermaafan antara satu sama lain.   Bagaimanapun, dalam […]

BERSAMA BANTU STABIL STOK BEKALAN DARAH


  Susulan kadar peratusan pendermaan darah yang mengalami penurunan ketika bulan Ramadan, Bangsa Johor terutama bukan Melayu diajak bersama membantu menstabil dan memastikan stok bekalan darah mencukupi serta sentiasa berada pada paras selamat.   Dengan purata penggunaan darah sebanyak 250 beg setiap hari di Negeri Johor, cabaran menstabilkan stok bekalan darah ketika bulan Ramadan adalah […]

PENCEMARAN PUNCA RIBUAN IKAN MATI DI KULAI


  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor bertindak proaktif dengan melakukan siasatan terhadap kejadian ribuan ikan ditemui mati di tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura, Kulai, dipercayai berpunca daripada sebuah Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.   Hasil siasatan awal yang dilakukan susulan aduan awam yang diterima JAS Negeri Johor telah menemukan efluen kelihatan hitam di dalam […]

GALAK WANITA JOHOR TAMPIL LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN


  Program Women Cancer Reproductive Awareness (WCaRe) Johor yang merupakan inisiatif di bawah Pemberdayaan dan Kelestarian Wanita Negeri Johor dalam Teras Ketiga : Jaringan Keselamatan Sosial, Belanjawan Johor 2024 dilancarkan secara rasminya hari ini.   Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM120,000 bagi melaksanakan program berkenaan bagi meningkatkan kesedaran kepada wanita Johor untuk tampil secara sukarela melakukan […]

WASPADA PENYAKIT BUAH PINGGANG PEMBUNUH SENYAP


  Melakukan saringan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang berupaya mengesan dengan lebih awal penyakit serta merupakan langkah praktikal penjagaan buah pinggang, organ penting dalam badan manusia.   Antara tanda atau gejala awal penyakit buah pinggang yang dikategorikan sebagai ‘pembunuh senyap’ adalah mengalami masalah bengkak pada bahagian […]

PENYELIAAN JAS DIPERKASA, ELAK INSIDEN SUNGAI KIM KIM BERULANG


  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor akan terus memperkasa penyeliaan dan meningkatkan kesedaran bagi memastikan insiden pencemaran Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang tidak berulang pada masa hadapan.   Komitmen tersebut dizahirkan oleh YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor selepas mengadakan pertemuan bersama warga JAS Negeri Johor.   […]

KPJ JOHOR SEDIA LOKAR KHAS BANTU PESAKIT TERIMA BEKALAN UBAT


  Hospital Pakar KPJ Johor menyediakan perkhidmatan dikenali PharXma-Loc bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat secara berkala tanpa perlu lagi beratur di Jabatan Farmasi yang diletakkan dalam lokar khas dan boleh diambil pada bila-bila masa.   Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Haliza Khalid memaklumkan perkhidmatan penyerahan ubat di peti loker itu merupakan yang pertama […]