Tag Archive for: Kota Tinggi

HARI TERBUKA TAMAN BAYU DAMAI 2024 MERIAH

  #Pengerang – Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Terbuka Taman Bayu Damai 2024 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi.   Program anjuran Pusat Khidmat DUN Tanjung Surat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan juga untuk meraikan hampir 3,000 penduduk dari tujuh kampung di kawasan Pengerang yang telah […]

MASYARAKAT ORANG ASLI JOHOR HIDUP SEJAHTERA

  Keprihatinan Kerajaan Johor terhadap pembangunan sosioeonomi dan kebajikan masyarakat Orang Asli dizahirkan melalui peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.06 juta meliputi aspek pengurusan, pentadbiran dan kesejahteraan dalam Belanjawan Johor 2024 disambut baik oleh pemimpin komuniti tersebut.   Daripada jumlah tersebut, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM600,000 kepada 60 Kampung Orang Asli (KOA) untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan, RM300,000 […]

EMPAT PELAJAR ORANG ASLI JADI ANAK ANGKAT MENTERI BESAR JOHOR

  Empat pelajar Orang Asli dari Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi menerima berita gembira apabila dipilih menjadi anak angkat di bawah Pejabat Menteri Besar Johor, susulan kejayaan memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023/2024, baru-baru ini.   Kesemua mereka adalah Muhamammad Adam Naufal Mohd Nasir yang meraih 11A, Nur Aqilah […]

NILAI TAMBAH PRODUK EKOPELANCONGAN

  Trend mencari ketenangan dengan menikmati kekayaan khazanah alam semula jadi sebagai terapi daripada kesibukan bandar semakin digemari masyarakat sekali gus melonjakkan produk ekopelancongan termasuklah Taman Eko Rimba di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Johor.   Bagi menyediakan infrastruktur yang selesa dan kondusif kepada pengunjung bagi menjalankan aktiviti tersebut, pihak jabatan menerima RM1.2 juta daripada […]

SYUKUR, BERTUAH TERIMA BANTUAN KERAJAAN

  Memilih pulang ke kampung halaman selepas berkelana di luar negeri ternyata menjadi keputusan yang tepat buat Mohd Fazrul Nizam Juhari, 39, untuk mengusahakan perniagaan kedai kopi kecil-kecilan di Bandar Penawar terletak tidak jauh dari pusat pelancongan terkenal negeri, Desaru dan Tanjung Balau.   Kopinikasi yang diusahakan kini bukanlah suatu nama asing terutama bagi pecinta […]

PESANAN USTAZ DORONG KEJAYAAN FAZLYN RANIA

  Pesanan guru kepada calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) supaya mengambil peperiksaan berkenaan sekali dalam seumur hidup tanpa ulangan dan belajar bersungguh-sungguh menjadi pendorong kejayaan Fazlyn Rania Mohd Fadzli yang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SDKA Tahun 2023.   Fazlyn Rania, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Agama Taman Bukit Dahlia, dekat Pasir Gudang akui tidak […]

PANTI BIRD RACE JOHOR BAKAL JADI ACARA TAHUNAN

  308 spesies burung dan sembilan spesies burung yang ‘jarang-jarang’ dapat kita lihat menjadikan acara Panti Bird Race Johor 2024 yang melabuhkan tirainya semalam, unik dan mempersonakan.   Keunikan itu juga menyebabkan Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) akan menjadikan acara Panti Bird Race Johor sebagai ‘Big Year’ dan seterusnya dijangka sebagai […]

GRADUAN KUIJSI KINI IMAM DI MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM

  Siapa sangka impian dua graduan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) untuk bergelar imam menjadi kenyataan sebaik sahaja menamatkan pengajian masing-masing.   Basok Muhammad Muhaimin Kamaludin, 22, dan Mohamad Fairuz Abdul Rashid, 23, pelajar lepasan Diploma Tahfiz Al-Qur’an Wa Al Qiraat KUIJSI kini ditugaskan sebagai imam di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, Telok Blangah. […]

MUZIUM KOTA TINGGI BAKAL DILENGKAPI TEKNOLOGI DIGITAL

  Seiring dengan kemajuan teknologi, Yayasan Warisan Johor (YWJ) menerusi Muzium Kota Tinggi bakal memperkenalkan tarikan baharu dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi secara digital di premis miliknya tidak lama lagi.   Ia sekali gus akan mampu memberi impak yang lebih mendalam dan pengalaman baharu yang lebih mengujakan kepada pengunjung untuk mengetahui pelbagai bahan tinggalan sejarah khususnya […]

90 TAN SISA BANJIR DIKUTIP DI KOTA TINGGI

  Sebanyak 90,000 kilogram (kg) sisa sampah banjir di Kota Tinggi dikutip dan dibersihkan menerusi Operasi Pembersihan Pasca Banjir yang dilaksanakan bermula Jumaat lalu.   Operasi yang membabitkan 130 anggota kerja SWM Environment Kota Tinggi, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang itu melibatkan kerja pengutipan sampah di kawasan terjejas banjir sebelum ini yang membabitkan Taman Kota […]