Tag Archive for: Pihak Berkuasa Tempatan

JOHOR PENERAJU TANGANI PERUBAHAN IKLIM

  Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Hijau Negeri Johor dalam usaha memperkasa dan menjayakan agenda ‘Johor Green Deal’ seterusnya menjadikan negeri ini peneraju kelestarian di Asia Tenggara.   Jawatankuasa dipengerusikan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor itu berperanan menyelaras dan menetapkan hala tuju jelas termasuk dasar tenaga boleh diperbaharui, pembangunan bandar lestari dan […]

PAJ SEDIA BANGUNKAN APLIKASI MUDAH ALIH

  Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sentiasa komited meningkatkan mutu perkhidmatannya termasuk bersedia membangunkan aplikasi mudah alih bagi membantu pengguna pengangkutan awam di negeri ini merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat pergerakan bas secara ‘real time’.   Pembangunan sistem pintar tersebut menjadi pertimbangan PAJ dalam usaha memastikan pengguna perkhidmatan awam menikmati perjalanan lebih lancar, membeli […]

JOHOR MAHU JADI JUARA BANDAR PINTAR

  Susulan kejayaan penganjuran Forum Bandar Pintar Johor (JSCF) 2023, PLANMalaysia@Johor bakal mengadakan program Hari Bandar Pintar Johor (JSCD) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada Selasa depan, dalam usaha menjadikan Johor peneraju transformasi bandar pintar negara.   Penganjuran berkenaan bagi TPr Saidin Lateh, Pengarah PLANMalaysia@Johor merupakan kesinambungan kepada program yang berjaya menarik 10,000 […]

SISTEM PARKIR DIGITAL DIPERLUAS KE MPKu

  Sistem pembayaran parkir digital akan dilaksanakan secara berfasa bermula 1 Ogos ini di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).   Pelaksanaan fasa satu sistem digital berkenaan akan membabitkan 3,974 lot parkir daripada 9,478 lot di 101 kawasan yang telah diwartakan seluruh Kulai.   Justeru, pemilik kenderaan boleh memuat turun aplikasi mudah alih PARKMAX@JOHOR bagi […]

MPP BAKAL MILIKI PEJABAT BAHARU

  Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bakal memiliki bangunan pejabat urusan baharu yang mencerminkan iltizam tinggi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dalam merakyatkan sistem penyampaian kerajaan demi menyediakan perkhidmatan terbaik bagi kawasan pentadbirannya.   Pembinaan pejabat baharu itu disifatkan sebagai tepat pada masanya selari dengan kepesatan pembangunan Pengerang dan kawasan sekitar yang tertumpu kepada sektor pelancongan […]

PERLUAS TULISAN JAWI KEPADA BANGSA JOHOR

  Usaha berterusan Kerajaan Negeri memartabatkan tulisan jawi sejak penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dulu dikenali Balai Pustaka di Bukit Timbalan, Johor Bahru pada tahun 1956 hingga kini terutama dalam urusan surat menyurat berkaitan hal ehwal agama Islam oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta Majlis Agama Islam Negeri Johor mendapat pengiktirafan […]

PROJEK RTB DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL

  Tiga daripada tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.64 bilion telah bermula dan dijangka dapat disiapkan lebih awal berbanding tarikh asal.   Hasil turun padang dan perbincangan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perunding dan kontraktor, jangkaan siap projek RTB Bandar Batu Pahat diawalkan ke Disember […]

INDUSTRI HALAL ELEMEN PENTING JS-SEZ

  Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah memulakan langkah awal termasuk menghubungi Halal Development Corporation Bhd. (HDC) bagi sesi perbincangan untuk meletakkan industri halal sebagai salah satu elemen penting dalam pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terutama HDC merupakan usaha penting untuk […]

PBT DIARAH FOKUS 120 HOTSPOT BANJIR

  Kerajaan Negeri menyarankan 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor memberikan tumpuan kepada usaha mengatasi isu banjir di 120 kawasan hotspot yang dikenal pasti secara berfasa.   Perancangan pembangunan baharu perlu melibatkan kajian bagi tempoh lima hingga ke 10 tahun ke hadapan meliputi sistem saliran dan perparitan yang mengambil kira keadaan untuk jangka […]

MBJB TERUSKAN PROJEK NYAMUK BERWOLBACHIA KAWAL DENGGI

  Susulan keberkesanan fasa pertama pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai dilaksanakan pada tahun 2022, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meneruskan inisiatif sama di lokaliti ‘hotspot’ denggi dalam kawasan pentadbirannya.   Bagi fasa tersebut, sebanyak tiga juta nyamuk berkenaan telah dilepaskan dan berjaya menurunkan kes demam denggi di kawasan perumahan […]