EXCO PENDIDIKAN JOHOR TINJAU PELAKSANAAN PROGRAM DLP


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh meninjau pelaksanaan kelas ‘Dual Language Programme’ (DLP) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, hari ini. | Foto Ihsan FB Norliza Noh.

 

ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, bagi meninjau pelaksanaan kelas ‘Dual Language Programme’ (DLP), hari ini.

 

Turut hadir bersama beliau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim bagi melihat sendiri operasi serta pelaksanaan program berkenaan.

 

“Hari ini saya telah melaksanakan lawatan mengejut SJKT Taman Ungku Tun Aminah Skudai bagi melihat sendiri operasi dan pelaksanaan Kelas DLP,” katanya di laman Facebook rasminya.

 

Norlizah berkata, DLP merupakan program yang memberi peluang kepada pihak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi bidang sains dan matematik mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

“Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

 

“Sukar untuk saya tekankan juga, Kelas DLP adalah program KPM dan bukannya dasar untuk murid belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris sepenuhnya.

 

“Bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda juga merupakan dasar yang ditekankan oleh KPM untuk semua sekolah aliran SJK(T),” katanya.

 

Menurutnya, pelaksanaan kelas DLP itu akan dipantau dari masa ke semasa bagi melihat keberkesanan program tersebut kelak.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor