‘FRONTLINERS’ JUNJUNG KASIH ATAS KURNIAAN PINGAT JASA DIKENANG


Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor, TPjR Abdul Aziz Sidi Ahmad menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Petugas barisan hadapan di negeri ini, menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas kurniaan Pingat Jasa Dikenang yang diterima, hari ini.

 

Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor, TPjR Abdul Aziz Sidi Ahmad menyifatkan kurniaan itu cerminan penghargaan Baginda Tuanku Sultan kepada ‘frontliners’ yang bertugas ketika COVID-19 melanda.

 

Beliau memberitahu pengalaman bertugas semasa pandemik memberikan pendedahan kepada pihak RELA dalam menguruskan bencana memandangkan jabatan tersebut lazimnya terlibat dalam kawalan keselamatan sahaja.

 

Bekas Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, Kol. Rohaizat Hadli.

 

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, Kol. Rohaizat Hadli mengakui pengalaman memerangi COVID-19 amat mencabar terutama dalam memastikan keselamatan terkawal selain melaksanakan tugasan dengan baik.

 

Sepanjang pandemik melanda, APM Negeri Johor ditugaskan menjaga sempadan negara dan mengawal kemasukan pelawat ke negeri ini, melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor