‘FRONTLINERS’ JOHOR TERIMA PINGAT JASA DIKENANG


Sebanyak tujuh jabatan dan agensi terlibat secara langsung dalam penugasan memerangi wabak COVID-19 menerima Pingat Jasa Dikenang. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Petugas barisan hadapan di negeri ini, yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19 menerima Pingat Jasa Dikenang sebagai menghargai pengorbanan mereka.

 

Pingat khas yang diperkenalkan dan kurniaan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu diserahkan dalam satu majlis di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

Menyempurnakan penyampaian kurniaan berkenaan adalah Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dato’ Ismail Abu selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Sebanyak tujuh jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dalam penugasan memerangi wabak COVID-19 diraikan serta menerima Pingat Jasa Dikenang itu.

 

Antaranya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Markas Briged Ketujuh Infantri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Johor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Warna riben pada pingat berkenaan terdiri daripada putih, merah dan biru menandakan Bendera Johor, manakala di bahagian belakang, terdapat reka bentuk 10 tangan memegang erat di antara satu sama lain menandakan 10 daerah di Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor