HIDANGAN TRADISIONAL BUBUR LABA SEMPENA HARI KEBERKATAN TAHUN BARU CINA
Tahukah anda, Festival Laba merupakan antara perayaan terbesar bagi penganut agama Buddha yang jatuh pada hari kelapan bulan dua belas mengikut tahun Lunar Cina.
Festival ini diraikan bagi mengucapkan selamat tinggal kepada musim lama dan menjemput tahun yang baru atau secara tradisinya dianggap sebagai perayaan pemanasan untuk Festival Musim Bunga akan datang.
Elemen yang paling penting dalam festival tradisional ini adalah bubur laba. Seperti sajian bubur lambuk yang popular dalam kalangan orang Melayu setiap kali Ramadan, bubur laba ini juga mempunyai ramuannya yang tersendiri kerana ia memerlukan sekurangnya lapan jenis bijirin dan buahan segar.
Ramuan utama bubur laba terdiri daripada beras, milet, kacang hijau, kacang panjang dan kacang tanah, lobak, kubis, rumpai laut dan tauhu. Menerusi komposisi ramuannya itu, masyarakat Cina percaya bahawa bubur laba ini boleh membawa nasib baik, jangka hayat yang panjang dan hasil tuaian yang berbuah.
Organisasi Buddha Mahayana China Antarabangsa, Fo Guang Shan yang juga berpengkalan di Johor Bahru merupakan masyarakat yang sepenuhnya memiliki diet ‘vegeterian’. Organisasi ini akan mengadakan penyediaan bubur laba setiap tahun dan akan mengagihkan kepada masyarakat setempat.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor