KUIJSI TERUS BERPERANAN LAHIR RAMAI PROFESIONAL ISLAM


Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi mahu KUIJSI ke mercu kegemilangan sepertimana Kerajaan Islam melahirkan tokoh ternama dunia. | Foto Royal Press Office

 

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang merupakan institusi pendidikan tinggi Islam di negeri ini, telah mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu membangunkan ummah.

 

Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi mahu hasrat itu disempurnakan demi mengangkat nama KUIJSI ke mercu kegemilangan sepertimana Kerajaan Islam yang telah melahirkan tokoh ternama dunia antaranya Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Imam Ghazali dan Al-Khawarizmi.

 

Selain itu, beliau juga memberitahu KUIJSI mengambil tanggungjawab menyediakan pendidikan Islam kepada generasi muda agar dapat mewarnai Orang Muda Johor (OMJ) dengan kehebatan dan ketinggian ilmu.

 

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Konvokesyen Kali Ke-21 KUIJSI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, dekat Johor Bahru, hari ini.

 

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 500 graduan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma dalam pelbagai program dengan cemerlang selain menobatkan Nurul Shafiqah Mohd Azman sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik (Anugerah Canselor).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor