JDT HAMPIRI MISI ‘INVINCIBLE’


Bergson Da Silva berjaya merakamkan penampilan ke-100 sepanjang karier beliau di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Meski pun sudah sah dinobatkan sebagai Juara Liga Super Musim 2023, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata tidak menghalang skuad Harimau Selatan daripada terus ‘bernafsu’ apabila mudah menundukkan Kuching City 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.

Ia sekali gus mencerahkan peluang JDT untuk meraih lagi satu pengiktirafan sebagai ‘pasukan tidak terkalahkan’ musim ini apabila meneruskan rentak kemenangan dengan jadual liga hanya berbaki dua perlawanan.

Penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson Da Silva berjaya merakamkan penampilan ke-100 sepanjang karier beliau di JDT. Lebih manis, penyerang kelahiran Brazil itu turut merakamkan gol pada minit 34 sebelum Juan Muniz memadamkan cabaran Kucing City pada minit ke 42.

Selepas ini, skuad Harimau Selatan akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Pahang dan akan menjulang Piala Liga Super 2023 di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan akhir penutup Liga Super 2023

#SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor