JDT LAKAR KEMENANGAN MENEWASKAN KELANTAN FC


Penyerang JDT, Bergson da Silva saling bersaing penguasaan bola di udara | Sumber Facebook JOHOR Southern TIgers.

 

ISKANDAR PUTERI — Johor Darul Ta’zim FC (JDT) mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan FC dalam suku akhir pertama Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah tidak memberikan masalah kepada juara ‘triple hat-trick’ Liga Super untuk mempamerkan aksi bertenaga sekali gus menguasai keseluruhan perlawanan.

Skuad Harimau Selatan berjaya mendapatkan jaringan awal menerusi penyerang prolifik, Bergson da Silva yang menanduk kencang sepakan sudut daripada Leandro Velazquez pada minit ke-29.

Pasukan bimbingan Hector Bidoglio meneruskan penguasaan dan berjaya menggandakan jaringan menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-37 yang menanduk masuk hantaran lambung Afiq Farzail.

Kealpaan Kelantan FC sekali lagi dihukum pasukan pelawat hasil jaringan Leandro pada minit ke-74 menerusi percubaan di dalam kotak penalti yang menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Pada minit ke-76, JDT kehilangan khidmat pemain tengah, Afiq Farzail yang dilayangkan kad merah kerana mengutip dua kad kuning berikutan tindakannya mengasari pemain Kelantan FC.

Kejayaan menewaskan Kelantan FC menyaksikan JDT membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang dijadualkan berlangsung pada 11 November ini.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor