JDT RANCANG TINGKATKAN ‘STANDARD’ SSI
ISKANDAR PUTERI — Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perancangan mementerai perjanjian bagi meningkatkan ‘standard’ Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, berkata ianya selepas stadium itu diundi sebagai ‘World Stadium of the Year’ pada tahun 2020 yang lalu.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perbincangan untuk memeterai perjanjian-perjanjian yang akan menaikkan lagi piawaian Stadium Sultan Ibrahim.
“Kami kini sedang berbincang dengan syarikat arkitek terkemuka antarabangsa untuk meningkatkan dan menambah baik lagi Stadium Sultan Ibrahim ikonik yang telah diundi sebagai ‘World Stadium of the Year’ pada 2020,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook Johor Southern Tigers (JST).
Edwards berkata, syarikat air terkemuka antarabangsa ‘Starbucks’ juga bersetuju untuk membuka cawangan di stadium berkenaan, sekali gus memberi pelbagai pilihan minuman dan makanan.
“Ini akan meningkatkan lagi pilihan makanan dan minuman di Stadium Sultan Ibrahim setelah Woodfire Burger dan KFC dibuka.
“JDT juga dalam proses untuk menyediakan galeri muzium di stadium untuk memperagakan kejayaan yang dicapai sepanjang 10 tahun sejak ditubuhkan pada 2013,” katanya.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor