JOHOR MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN IAT


Seramai 11 usahawan IAT menerima insentif daripada Kerajaan Negeri pada Majlis Penyerahan Bengkel Pemprosesan Makanan Industri Asas Tani (IAT), hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor komited melahirkan lebih ramai usahawan Industri Asas Tani (IAT) bagi memperkasa sektor tersebut menerusi pelbagai bentuk bantuan dan program yang dirangka bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan, satu program pembangunan IAT telah dirangka bagi membantu lebih 2,000 usahawan pelbagai tahap yang berdaftar.

 

Program tersebut melibatkan usaha pembangunan kluster IAT berasaskan makanan, meningkatkan kualiti dan keselamatan makanan serta memperkukuh pemasaran dan rangkaian global.

 

Teks ucapan Zahari dibacakan oleh wakil rasminya yang juga Ahli Dewan Negeri Penawar, Fauziah Misri. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Johor, Mohd Hafiz Ramly.

 

Terdahulu, seramai 11 usahawan IAT menerima insentif melibatkan peruntukan keseluruhan RM600,000 daripada Kerajaan Negeri pada Majlis Penyerahan Bengkel Pemprosesan Makanan Industri Asas Tani (IAT) di Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) FELDA Air Tawar 1, Kota Tinggi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor