KERAJAAN JOHOR RAYU BBKA, BPR DITERUSKAN


Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi merayu supaya Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA), Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) diteruskan untuk mangsa banjir. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak meneruskan Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA), Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) untuk mangsa banjir.

 

Rayuan berkenaan dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi selepas Kerajaan Negeri dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bahawa kedua-dua bantuan itu tidak lagi diteruskan.

 

Justeru, Kerajaan Negeri merasakan terdapat keperluan untuk bantuan BBKA dan BPR diteruskan selagi projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini, belum selesai.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan peruntukan RM50,000 kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat bagi kawasan DUN yang terkesan ketika Monsun Timur Laut (MTL) dan RM30,000 untuk kawasan yang kurang terjejas.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Kota Iskandar, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor