JOHOR REKOD RM48.5 BILION PELABURAN DILULUSKAN TAHUN LALU

Forest City.
#IskandarPuteri – Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan pilihan di negara ini, apabila merekodkan jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM48.5 bilion pada 2024, meningkat berbanding RM43.1 bilion tahun sebelumnya.
Pencapaian berkenaan menyaksikan Johor berada di tangga ketiga teratas daripada lima negeri utama bagi prestasi pelaburan negara untuk tahun 2024 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Menerusi jumlah pelaburan diluluskan tersebut, Johor memperoleh RM29.7 bilion bagi pelaburan asing (FI), manakala RM18.8 bilion pula untuk pelaburan domestik (DI) daripada pelbagai sektor ekonomi.
Usaha dilakukan Johor bagi menarik pelaburan terutama pelaburan langsung asing (FDI) amat penting kerana akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat selain turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Dengan pembukaan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) di Forest City dan didukung pelbagai inisiatif Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bakal memacu usaha merealisasikan pelaburan dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Segala komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri termasuk menyediakan dasar dan persekitaran mesra pelabur merintis jalan kepada Johor untuk menjadi kuasa besar baharu ekonomi bagi Malaysia serta negeri maju menjelang tahun 2030.
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor