JS-SEZ LONJAK JOHOR JADI KUASA BESAR EKONOMI


Foto hiasan.

 

#IskandarPuteri – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menjadi platform penting memperkukuh hubungan Malaysia terutama Negeri Johor dengan Singapura dan berupaya menarik peluang pelaburan berimpak tinggi menerusi kepelbagaian sektor.

 

Zon khas berkenaan disifatkan Prof. Dr. Azmi Hassan berada dalam lokasi strategik untuk mencapai sasaran ditetapkan Kerajaan Persekutuan untuk menarik 100 projek dalam tempoh 10 tahun yang akan didokong dengan peranan signifikan dimainkan oleh negara jiran.

 

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Nusantara itu juga berpandangan sasaran tersebut mampu dicapai berikutan JS-SEZ merangkumi pelbagai sektor yang diletakkan di kawasan Iskandar Malaysia, Forest City serta Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

 

Sementara itu, Tan Chor Sen, Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (Malaysia) Bhd. menyifatkan JS-SEZ berpotensi menjadi daya tarikan buat syarikat antarabangsa melalui pelbagai inisiatif diumumkan termasuk imbasan kod QR di pintu sempadan dan penubuhan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J).

 

Kesediaan Kerajaan Negeri mempercepat dan memudahcara pelaburan menerusi inisiatif Johor Super Lane di IMFC-J turut diyakini bakal menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi sekali gus menjadikan negeri ini sebagai kuasa besar baharu ekonomi negara.

 

Semalam, perjanjian JS-SEZ telah ditandatangani antara YB Tuan Mohd Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan TYT Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri Singapura yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri serta Perdana Menteri Singapura, TYT Lawrence Wong di Putrajaya.

 

#ZonEkonomiKhasJohorSingapura
#JSSEZ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor