KERAJAAN JOHOR BINCANG PROGRAM PENDIDIKAN BERSAMA PERDA VENTURES


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh mengadakan perbincangan bersama Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan bersama Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. bagi membincangkan program pendidikan kerjasama dengan mahasiswa Johor.

 

Perbincangan berkenaan berlangsung dalam lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh ke atas anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), baru-baru ini.

 

Menurutnya, Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. telah menawarkan kursus jangka pendek bagi 500 pelajar mahasiswa Johor untuk mengikuti program kursus keusahawanan.

 

“Saya percaya program ini dapat meningkatkan tahap pemikiran dan skill mahasiswa Johor dalam ilmu keusahawanan,” kata beliau dalam Facebook rasminya, pada Selasa.

 

Selain itu, Norlizah memberitahu akan berbincang bersama Yayasan Pelajaran Johor dan Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menyahut tawaran yang diberikan.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor