KERAJAAN JOHOR KOMITED TARIK PELABURAN BERKUALITI


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Sun Bus Tech Sdn. Bhd. di Senai Airport City | Sumber Facebook Lee Ting Han.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor melaungkan komitmen untuk memastikan segala dasar dan inisiatif bagi menarik pelaburan berkualiti ke negeri ini, dapat dijayakan

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, kestabilan politik Johor memberi kesan positif terhadap keyakinan pelabur.

“Saya juga yakin bahawa kestabilan politik di peringkat Kerajaan Negeri Johor akan tetap memberi kesan positif terhadap keyakinan pelabur di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Kami akan terus memastikan segala dasar dan inisiatif untuk menarik pelaburan berkualiti dapat dilaksanakan dan menunaikan komitmen yang diberikan,” tulisnya dalam Facebook rasminya, Rabu lalu.

Ting Han berkata, kerajaan negeri telah mendapat mandat kukuh daripada rakyat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada bulan Mac lalu.

“Tiada perkara yang boleh menjejaskan keazaman YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membangunkan Negeri Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

“Saya juga mengambil kesempatan menyatakan bahawa kestabilan politik Johor masih utuh walau apa pun yang sedang berlaku di peringkat persekutuan,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor