KERAJAAN JOHOR PANTAU, PASTIKAN KERJA BAIK PULIH JALAN RAYA DI JOHOR LANCAR


Sumber : Facebook Onn Hafiz

Oleh Mohd Firdaus Yon

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited memantau dan memastikan kerja baikpulih jalan raya sekitar negeri ini, dilaksanakan dengan baik serta berkesan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau gembira dengan status pelaksanaan kerja baik pulih jalan raya di Johor.

“Saya gembira melihat kerja baik pulih jalan raya di sekitar Johor yang sedang dan terus dilaksanakan.

“Kerajaan negeri akan terus memantau dan memastikan gerak kerja demi keselesaan rakyat dilaksanakan dengan baik dan berkesan,” katanya menerusi posting dimuatnaik di Facebook rasminya, hari ini.

Onn Hafiz berkata, beliau percaya rakyat Johor menantikan kerja baik pulih jalan raya di kawasan masing-masing.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan memberikan perhatian terhadap jalan raya yang mengalami kerosakan teruk terutama di lokasi tumpuan demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

“JKR dan syarikat konsesi juga menyuarakan komitmen mereka untuk menyelesaikan projek-projek naik taraf jalan raya dan isu yang berbangkit dengan kadar segera.

“Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor, YB Fazli Salleh; Jabatan Kerja Raya; serta pihak konsesi Safwa Global Venture-M Sdn Bhd dan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd dalam menyiapkan kerja pembaikan jalan raya di Johor,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor