KERAJAAN JOHOR PERUNTUK RM8.4 JUTA BAIK PULIH ASRAMA PELAJAR DI MESIR


Lawatan kerja bersama delegasi Johor ke Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin dan Rabaah, Mesir. | Foto ihsan Facebook Mohd Fared Mohd Khalid

 

Asrama menempatkan 220 pelajar Johor di Hayyu Thamin dan Rabaah, dekat Mesir, siap dibaik pulih melibatkan peruntukan RM8.4 juta daripada Kerajaan Negeri.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan inisiatif itu bagi memberi keselesaan dan menyediakan persekitaran kondusif kepada anak Johor di sana.

 

Kedua-dua asrama berkenaan dilengkapi bilik rehat, surau, sudut belajar serta ruang bahagian bumbung untuk pelajar menjalankan aktiviti santai dan rekreasi.

 

Terdahulu, Mohd Farid yang mengetuai lawatan kerja bersama delegasi Johor hadir Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin dan Rabaah, Mesir, semalam.

 

Delegasi yang disertai Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Dato’ Dr. Nooh Gadot dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Nasri Md Ali juga akan ke Amman, Jordan, esok.

 

Lawatan kerja tersebut menjadi platform Kerajaan Negeri menyantuni pelajar di kedua-dua negara terbabit, menerusi sesi townhall Maju Johor dan majlis ramah mesra yang diadakan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor