MBIP UJI TEKNOLOGI ‘GLOW IN THE DARK’


‘Road stud glow in the dark’ di Hutan Bandar Mutiara Rini, Iskandar Puteri. | Foto ihsan Facebook Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

 

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melaksanakan pengujian garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’ di kawasan pentadbirannya.

 

Pengujian cat garisan jalan berserta ‘road stud glow in the dark’ itu telah dilaksanakan di Hutan Bandar Mutiara Rini, Iskandar Puteri bagi menilai aspek teknikal.

 

MBIP memaklumkan aspek tersebut adalah kos, ketahanan, keselamatan serta kesesuaian sebelum boleh digunakan di kawasan yang sesuai.

 

Selain itu, MBIP tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan teknologi itu di jalan-jalan di bawah penyelenggaraan mereka selepas berpuas hati dengan kajian teknikal dijalankan.

 

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi menaik taraf garisan jalan kepada jenis ‘glow in the dark’ dalam Belanjawan Johor 2024 seperti diumumkan Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

 

Langkah tersebut bagi meningkatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya di kawasan gelap dan kerap berlaku kemalangan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor