KERAJAAN JOHOR TERUS KOMITED BANTU OMJ DALAM PENDIDIKAN


Kerajaan Johor sentiasa komited dalam membantu Orang Muda Johor (OMJ) melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sejajar dengan agenda Maju Johor. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa komited dalam membantu Orang Muda Johor (OMJ) melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sejajar dengan agenda Maju Johor.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi tujuan tersebut, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan program bantuan pendidikan merangkumi empat bahagian.

 

Menurutnya, kesemua bahagian itu adalah Biasiswa; Pinjaman; Bantuan dan Tabung khusus untuk anak-anak Bangsa Johor terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

“Kerajaan Negeri akan terus membantu OMJ khususnya dalam pendidikan dan pembelajaran mereka. Usaha ini amat penting demi memastikan kesinambungan modal insan yang lebih berdaya saing sesuai dengan peredaran masa.

 

“Saya menyeru kepada golongan muda Bangsa Johor untuk merebut peluang yang disediakan ini. Anda digalakkan untuk mendapat maklumat lanjut dari YPJ melalui saluran informasi yang disediakan,” kata beliau pada Isnin.

 

Onn Hafiz turut berharap semoga usaha Kerajaan Johor dan YPJ itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, dalam usaha menjadikan negeri ini maju menjelang tahun 2030.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor