KERAJAAN NEGERI HARGAI SOKONGAN, KEPRIHATINAN IBU BAPA : EXCO PENDIDIKAN JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh beramah mesra bersama pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kempas. | Foto ihsan: Facebook Norliza Noh

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa menghargai sokongan dan keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak terutama di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, penghargaan sama turut diberikan atas kerjasama diberikan ibu bapa kepada guru untuk menjadikan sekolah lebih harmoni dan lestari.

 

“Murid-murid sekolah rendah perlu diterapkan dengan sifat kasih sayang pada murid semoga pertumbuhan sosial murid akan lebih efektif.

 

“Saya percaya, jika mahu anak muda masa depan yang lebih cemerlang, kita kene bermula dengan memperkasakan kualiti pendidikan,” katanya di Facbook rasminya.

 

Terdahulu, beliau berkesempatan beramah mesra bersama pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kempas.

 

Norlizah telah bertanyakan mengenai isu pendidikan, masalah pelajar dan perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

 

“Dalam perjumpaan ini juga, kita membincangkan isu yang dibangkitkan oleh ibu bapa berkenaan masalah yang dihadapi oleh anaknya di sekolah.

 

“Saya yakin di atas kebijaksanaan Guru Besar dan Pegawai PPD, isu ini dapat diselesaikan dengan baik,” kata beliau lagi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor