KERAJAAN NEGERI KOMITED PASTIKAN KAMPUNG ORANG ASLI TIDAK KETINGGALAN


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip hadir ke mesyuarat penyelarasan Program Rintis Kampung Orang Asli Sejahtera Negeri Johor. | Sumber foto: Facebook Dato’ Zahari Sarip.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited memastikan kampung Orang Asli di negeri ini, tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

 

Bagi tujuan tersebut, antara inisiatif yang sedang digerakkan adalah pelaksanaan Program Rintis Kampung Orang Asli Sejahtera Negeri Johor.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip telah hadir ke mesyuarat penyelarasan program itu di Pejabat Daerah Segamat pada Selasa.

 

Menurutnya, Kampung Orang Asli Putting, Segamat telah dipilih untuk Program Rintis Kampung Orang Asli Sejahtera Negeri Johor untuk tahun ini.

 

“Terima kasih Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, Faisal Long; Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman dan Ketua-Ketua Jabatan di Peringkat Daerah kerana terlibat dalam mesyuarat dan program yang disusun ini. Moga hasrat dan harapan kita bersama mencapai kejayaan dan matlamatnya,” kata beliau.

 

Kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sentiasa meletakkan keutamaan kepada soal kesejahteraan Orang Asli yang juga merupakan sebahagian daripada Bangsa Johor.

 

Kebajikan kumpulan masyarakat itu tidak pernah diabaikan Kerajaan Negeri yang sentiasa memberikan komitmen penuh dalam mempertahan dan memulihara lingkungan semula jadi Orang Asli.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor