KHUTBAH JUMAAT MESRA OKU PENDENGARAN MULA DILAKSANAKAN


Program khutbah Jumaah mesra golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, kini dilaksanakan di Negeri Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Penyampaian khutbah Jumaah mesra golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran buat pertama kalinya mula dilaksanakan di Negeri Johor bertempat di Masjid Taman Impian Emas, Skudai, hari ini.

 

Bagi membolehkan golongan tersebut memahami isi kandungan khutbah disampaikan sama seperti jemaah lain, seorang jurubahasa isyarat ditugaskan di ruang khas yang disediakan di masjid berkenaan.

 

Inisiatif murni diambil merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan masjid dan surau Jumaat di Negeri Johor juga mesra OKU pendengaran.

 

Terdahulu, kira-kira 20 jemaah terdiri ahli Persatuan Orang Pekak Islam Johor (JDIA) bersama mengikuti khutbah Jumaat disampaikan seterusnya menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Taman Impian Emas.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor