LPP JOHOR TERIMA KUNJUNGAN DELIGASI KULIM (M) BERHAD DAN YABA AGROSAINS RESOURCES


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor menerima kunjungan hormat daripada deligasi Kulim (M) Berhad dan YABA Agrosains Resources / Gambar Ihsan LPP Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor menerima kunjungan hormat dan perbincangan daripada Kulim (M) Berhad dan Syarikat YABA Agrosains Resources.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membina pakatan strategik dalam usaha memperkasakan sektor agromakanan dan keselamatan makanan di negara ini khususnya di Johor.

Dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, LPP Johor berkata Kulim (M) mempunyai kepakaran dalam Program Hab Makanan Ternakan manakana YABA Agrosains Resources pula bagi pemasaran makanan ternakan.

Mesyuarat kolaborasi bersama pihak swasta di bawah Kulim Food Hub (KFH) bertujuan memberi penerangan kepada pengurusan LPP Johor mengenai hasrat untuk mewujudkan dan pengukuhan rantaian bekalan makanan.

“Ia membabitkan tanaman seperti nanas MD2, jaminan sekuriti makanan dan meningkatkan taraf hidup pekebun melalui ‘End To End Services’ yang disediakan oleh pihak Kulim.

“Ia juga mengetegahkan pelan strategik agromakanan sejajar dengan dasar agromakanan negara 2.0 melalui platform digital yang akan dilancarkan kelak,” katanya.

Terdahulu, Pengarah LPP Johor, Dato’ Sawalludin Ahmad menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kulim yang diketuai Pengurus Besar Stakeholder Managementnya,Kamarulzaman Othman manakala delegasi YABA Agrosains Resources diketuai Pengarah Urusannya, Dato’ Abdul Karim Yahaya.

Sementara itu pada majlis yang sama, pihak YABA turut mengambil peluang menerangkan produk makanan bagi ternakan seperti lembu, kambing dan ayam melalui jenama SBS kepada pengurusan LPP Johor.

“Ia bagi meneroka peluang dan ruang pasaran baharu sektor pemasaran makanan ternakan di kawasan selatan negara khususnya di negeri Johor,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor