MBJB PEDULI ISU BANJIR KILAT DI PUSAT BANDAR


Petugas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membersihkan longkang tersumbat bagi melancarkan sistem saliran di kawasan pentadbirannya. | Foto ihsan Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru

 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sentiasa peka dan proaktif dengan banjir kilat berlaku di kawasan pentadbirannya termasuk kejadian pada petang Isnin lalu.

 

Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pihaknya telah membuat pemeriksaan di tapak lokasi dinaiki air bagi mengenal pasti punca kejadian.

 

Hasil pemeriksaan mendapati sistem saliran di kawasan terbabit tidak bermasalah dan berfungsi dengan baik. Bagaimanapun semakan mendapati saliran dan bukaan air yang berfungsi menerima limpahan hujan telah tertutup dengan platform, karpet, khemah dan lain-lain peralatan sebuah bazar perayaan.

 

Keadaan itu menyebabkan aliran hujan lebat ketika kejadian tidak dapat melalui saliran dan bukaan air dengan baik menyebabkan banjir kilat yang mengambil masa untuk turun ke sistem saliran disediakan.

 

Justeru, MBJB memberikan maklumat terperinci dan pengesyoran kepada persatuan perniagaan mengenai penyusunan gerai bazar yang perlu mengambil kira laluan air ketika hujan selain mencadangkan kawasan rendah dikosongkan dari petak niaga bagi mengelak banjir kilat.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor