MDJ LAKSANA STRATEGI BENTUK PERSEPSI POSITIF


YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Sebagai agensi penyelaras penyampaian informasi interaktif dan sesuai dengan trend masa kini, Media Digital Johor (MDJ) akan melaksanakan pelbagai strategi bagi membentuk persepsi yang betul tentang perancangan dan pencapaian negeri ini.

 

MDJ juga akan mengadakan kerjasama bersama pelbagai pihak bagi tujuan mengesan dan mengenal pasti pihak atau individu tidak bertanggungjawab dalam menyebar luas maklumat palsu dan menimbulkan kebencian.

 

Antara pihak berkenaan adalah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CyberSecurity Malaysia (CSM), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

 

Bagi menjadikan MDJ sebagai sumber utama pelbagai jenis maklumat yang sahih, tepat dan pantas, semua wakil rakyat diseru untuk ‘follow, like dan share’ semua platform media sosial MDJ serta bersama mempromosikan MDJ di kawasan masing-masing.

 

Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungannya pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor