PENGHARGAAN SETELAH 28 TAHUN BERBAKTI


YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor menyantuni YBhg. Tuan Haji Abdul Jalil Othman di kediamannya hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#JohorBahru – Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) mengadakan program ziarah sempena persaraan YBhg. Tuan Haji Abdul Jalil Othman yang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor yang bakal menamatkan perkhidmatannya selepas 28 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan awam Johor sejak 1 Ogos 1997.

 

Majlis ziarah tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Tuan Haji Abdul Jalil sepanjang hampir tiga dekad perkhidmatannya dalam pentadbiran negeri.

 

Tuan Haji Abdul Jalil, yang akan bersara wajib pada esok, menutup lembaran kariernya yang panjang dalam Pentadbiran Kerajaan Johor sebagai Pengurus Besar YPJ Holdings Sdn. Bhd. (Unit Audit, Integriti, Tadbir Urus Korporat).

 

Selain itu, beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya sebagai Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat) dan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

 

Pada program tersebut, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani turut berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, hamper makanan dan barangan keperluan asas menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd. Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru yang juga Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor; YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan YBhg. Tuan Haji Nasri Md. Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor