PIJ KOMITED BANTU PELAJAR TAHFIZ SWASTA LANJUT KE PENGAJIAN TINGGI


Pengurus Besar PIJ, Dato’ Abdul Rahman Salleh memberi ucapan ketika Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Intervensi Tahfiz (SPM) Model Bekok Peringkat Negeri Johor 2023. | Foto ihsan Facebook Perbadanan Islam Johor

 

Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menjayakan penganjuran Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Intervensi Tahfiz (SPM) Model Bekok Peringkat Negeri Johor 2023, baru-baru ini.

 

Bengkel diadakan melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) ini diadakan bagi menyelaras dan memantapkan lagi sistem pengajaran dan memberi pendedahan serta kemahiran yang tinggi kepada pelajar-pelajar tahfiz.

 

Untuk rekod, PIJ melalui TWRJ telah menaja Program Intervensi Tahfiz (SPM) Peringkat Negeri Johor sejak dari tahun 2018 sehingga kini kepada tiga buah sekolah yang bertujuan membantu pelajar tahfiz swasta melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi secara formal dan diiktiraf oleh kerajaan.

 

Turut hadir, Pengurus Besar PIJ, Dato’ Abdul Rahman Salleh; Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pendidikan Islam), Md Lukmanulhakim Mashadi dan Rektor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, Prof. Madya Dr. Hussin Salamon.

 

#BangsaJohor

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor