PIJ, TWRJ TEROKA PELUANG APLIKASI JOHORPAY


Perbadanan Islam Johor (PIJ) menerusi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) semalam mengadakan kunjungan muhibah bersama ICT@Johor bagi meneroka peluang dalam aplikasi JohorPay / Gambar Ihsan Perbadanan Islam Johor.

 

Timbalan Pengurus Besar PIJ, Khirul Nizam Mat Said dan disambut oleh Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) ICT@Johor, Anwar Zamil Malham / Gambar Ihsan Perbadanan Islam Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Perbadanan Islam Johor (PIJ) menerusi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) semalam mengadakan kunjungan muhibah bersama ICT@Johor.
Ia bagi membincangkan mengenai peluang penglibatan PIJ dan TWRJ dalam sistem JohorPay, selain kerjasama kedua-dua jabatan terutama dalam bidang pendigitalan.
Delegasi PIJ diketuai oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Khirul Nizam Mat Said dan disambut oleh Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) ICT@Johor, Anwar Zamil Malham.
Menerusi kunjungan itu, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk mengadakan mesyuarat susulan pada awal Februari depan bagi memuktamadkan usaha sama antara jabatan kerajaan berkenaan.
Untuk rekod, PIJ menerusi TWRJ adalah Badan Berkanun pertama di negeri Johor yang mengadakan kerjasama dengan ICT@Johor bagi meneroka peluang yang disediakan melalui aplikasi JohorPay ini.
Ia sekali gus dilihat mampu memberikan kemudahan kepada orang ramai khususnya pewakaf untuk terus menyalurkan dana wakaf dalam pelbagai medium yang lebih luas.